Saturday, February 20, 2010

Senarai Tugas Guru Rumah Sukan

SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK

Senarai Tugas - Guru Rumah Sukan.

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang melibatkan Rumah Sukan.
2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.
a. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.
3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan maklumat dan perkara-perkara berikut:-.
i. Carta Organisasi Rumah Sukan.
ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah kokurikulum).
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.
5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.
6. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain berwarna yang sama atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.
7. Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan jelas (saiz lebih kurang sama dengan yang asal).
8. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang menghilangkan nombor pesertanya.
9. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh AJK Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penyelaras Rumah Sukan anda).
10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga.
11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.
12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari rumah sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.
13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
14. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
15. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
16. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad bilangannya.
17. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.