Thursday, March 11, 2010

Temasya Balapan dan Padang (Track & Field) MSSD 2010

Kejohanan Trek dan Padang peringkat MSSD 2010 akan di adakan ada
30hb. Mac 2010 hingga 02hb. April 2010 di Stadium MPM, Seri Manjung.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 19. 03. 2010, hari Jumaat (dalam cuti sekolah).
Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM200.

Untuk makluman warga ACS, bukan semua peserta yang mendapat tempat pertama dan kedua di Kejohanan Olahraga peringkat sekolah akan dipilih untuk mewakili pasukan balapan dan padang sekolah. Catatan masa / jarak yang diperolehi oleh peserta di sekolah akan dibandingkan dengan masa / jarak kelayakkan yang dicadangkan oleh pihak PTPS Balapan & Padang Manjung.

Selain daripada itu, peserta perlu memberikan persetujuannya untuk menyertai kejohanan peringkat MSSD selewat-lewatnya pada hari Jumaat (12. 03. 2010)

Satu sesi pemilihan umum akan diadakan pada 12. 03. 2010 (Jumaat) di padang sekolah.

Semua peserta yang ingin menyertai Kejohanan Balapan & Padang peringkat MSSD perlu mengambil Borang Kebenaran Ibubapa dan mendapatkan kebenaran mereka. Serahkan kembali borang tersebut pada 22. 03. 2010 (Isnin) selepas cuti sekolah.

No comments:

Post a Comment