Saturday, February 20, 2010

TAKLIMAT SUKAN 1

TAKLIMAT SUKAN 1

1. Ucapan terima kasih
a. Terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke Taklimat Sukan I, pada hari ini.
b. Tujuan utama taklimat ini adalah unutk menyelaraskan tugas dan menyampaikan maklumat berkaitan Sukan Tara dan Kejohanan Olahraga kepada semua guru.

2. Tarikh-Tarikh Pertandingan dan Latihan
a. Sukan Tara
i. Sesi Pagi
a. Tarikh : 19hb – 22hb Januari 2010
b. Masa : 7.30 pagi – 8.50 pagi
ii. Sesi Petang
a. Tarikh : 19hb – 22hb Januari 2010
b. Masa : 5.20 petang – 6.30 petang.
b. Tarikh Tutup Penyertaan / Pendaftaran Kejohana Olahraga
i. Tarikh : 29hb Januari 2010 (Jumaat, sebelum jam 10.00 pagi)
ii. Sekiranya borang penyertaan tidak diterima oleh Setiausah Sukan, tuan/puan akan di anggap telah menarik diri daripada menyertai pertandingan yang berkenaan.
c. Pra Kejohanan
i. Tarikh : 02hb Februari 2010 (jam 4.00 petang – 6.30 petang)
ii. Tarikh : 03hb Februari 2010 (jam 4.00 petang – 6.30 petang)
iii. Tarikh : 04hb Februari 2010 (jam 4.00 petang – 6.30 petang)
iv. Tarikh : 05hb Februari 2010 (jam 4.00 petang – 6.30 petang)
d. Kejohanan Olahraga
i. Tarikh : 06hb. Mac 2010 (Sabtu)
ii. Masa : 7.20 pagi hingga 1.00 tengahari

3. Tanggungjawab Guru Rumah Sukan, antaranya adalah seperti berikut:-
Menyelia perjalanan aktiviti latihan rumah sukan anda.
a. Merekodkan kedatangan.
b. Memastikan dan mangambil langkah-langkah yang sesuai dan sewajarnya sekiranya perlu.
c. Mengawasi pergerakan pelajar di tempat pertandingan.
d. Mengawal giliran pelajar membuat percubaan.
e. Mengawal disiplin pelajar (mengusik kawan yang sedang membuat sesuatu percubaan).
f. Memberi tunjuk ajar sebelum pertandingan (setakat mampu).

4. Pengurusan Latihan Sukan Tahunan
a. Sesi Pagi - 4.00 pagi - 5.15 pagi (untuk pelajar sesi pagi)
b. Sesi Petang - 5.15 ptg. - 6.30 ptg. (untuk pelajar sesi pagi).

• Latihan ini melibatkan peserta yang terlibat secara langsung (telah dipilih dan didaftarkan) dalam acara Kejohanan Olahraga Ke 77/ 2010 sahaja.
• Semua Guru Rumah Sukan yag berkenaan, dikehendaki bertanggung jawab untuk mengawal dan memastikan kelancaran latihan dan hal-hal yang melibatkan keselamatan pelajar.
• SEMUA GURU dikehendaki menerima dan menjalankan tugas yang diberikan oleh Ketua Penasihat Rumah Sukan dari masa ke masa. (Sekiranya ada jadual tugas, sila serahkan sesalinan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk tujuan rekod)
• Guru Penasihat boleh mendapatkan bantuan daripada Pengurus Pasukan untuk memilih atlit bagi rumah sukan anda.
• *** Guru yang akan membawa pelajar menghadiri latihan, sila hubungi dan maklumkan kepada PK Kurikulum untuk mendapatkan relief sementara.

5. Jadual Tugas Pegawai Sukan
a. Sila rujuk buku program Sukan Tara dan Pra-Kejohanan.
b. Semua guru dikehendaki berada di tempat bertugas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum acara dimulakan.
c. Tolong JANGAN benarkan pelajar membuat keputusan seperti memilih memilih kedudukan pelajar, mempengaruhi keputusan guru. (Sekiranya guru baca nota yang diberikan, ia dapat memberikan sedikit keyakinan kepada guru untuk membuat keputusan)
d. Sila pastikan keadaan di tempat pertandingan adalah SELAMAT. Bebas dari benda yang tajam atau merbahaya.
e. Sila rekodkan dan ambil alatan yang diperlukan dari bilik PJK/Sukan.
f. Selepas menggunakan alatan, sila pulangkan kembali ke bilik PJK/Sukan.
g. Sekiranya ada alatan yang rosak atau pecah, sila maklumkan kepada Pengerusi Teknik / Alatan di bilik PJK/Sukan

6. AJK Kecil Kejohanan Olahraga
a. Jawatankuasa Statistik
i. Sila pastikan semua rekod dan keputusan acara yang dijalankan diperolehi pada hari yang sama.
ii. Sila laporkan kepada Setiausaha Sukan pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari yang berikut.
iii. Sila simpan keputusan tersebut di tempat yang selamat.

b. Jawatankuasa Hadiah
i. Sila semak dan pastikan semua hadiah yang diperlukan adalah mencukupi.
ii. Bersihkan piala pusingan Kejohanan Olahraga.
iii. Hadiah Pra Kejohanan akan disampaikan pada 16hb Februari 2010 (Isnin) di Dewan Sekolah / Dataran ACS semasa Perhimpunan Pagi.

c. Jawatankuasa Buku Program / Cenderahati
i. Sila sediakan buku program / cenderahati dengan segera untuk diserahkan kepada semua guru pada hari taklimat yang kedua dan para jemputan pada hari Kejohanan Olaharaga.

d. Jawatankuasa Kepegawaian
i. Sila sediakan dan maklumkan jadual tugas pegawai sukan (Sukan Tara / Pra-Kejohanan dan Kejohanan Olahraga ke 77 / 2010) dengan segera dan serahkan sesalinan kepada semua guru.


e. Pengerusi Teknik dan Alatan
i. Sila sediakan trek dan kawasan pertandingan acara padang sebelum hari latihan sukan.
ii. Sila dapatkan bantuan pekerja untuk penyediaan trek dan padang.

7. Guru Pelatih (UPSI)
a. Guru Pelatih dari UPSi akan menerima tugasan secara langsung daripada Setiausaha Sukan untuk membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Kejohanan Olahraga.

8. Acara Tingkatan 6 dalam Kejohanan Olahraga ke 77 / 2010
a. 200m, 400m, Lompat jauh, 4 X 100m, 4 X 400m (L dan P)
b. Maklumat Pelajar Tingkatan Enam Perlu di isikan dalam Borang Penyertaan.

9. Pelajar Tingkatan 6
a. Wajib menyertai Sukan Tara.

10. Sekiranya perlukan penjelasan yang lebih lanjut….
a. Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang melibatkan pertandingan Kejohanan Olahraga Ke 77 / 2010, sila hubungi Setiausaha Sukan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
b. Sila rujuk Pn. Hung Leng Hua bagi perkara yang melibatkan jadual tugas Pegawai Sukan semasa Sukan Tara dan Pra Kejohanan.
c. Sila dapatkan guru ganti sekiranya tuan / puan tidak dapat menerima atau menjalankan tugas yang telah ditetapkan
d. Sila hiubungi Guru Penolong Kanan Kokurikulum atau Tuan Pengetua untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebarang maklumat yang tercatat dengan Buku Pengurusan Sekolah.

11. Hal-hal lain.
a. Semua pelajar wajib memakai pakaian sukan mengikut warna rumah sukan masing-masing.
b. Pelajar / peserta TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Olahraga tanpa memakai baju T-rumah sukan.
c. Semua peserta kejohanan wajib memakai nombor dalam pertandingan Pra-Kejohanan dan Kejohanan Olahraga.



Disediakan oleh,
RAVICHANDRAN ARUMUGAM
Setiausaha Sukan 2010