Saturday, February 20, 2010

TAKLIMAT SUKAN 2

TAKLIMAT SUKAN 2

Tarikh : 26hb. Januari 2010
Masa : 12.30 tgh. / 1.50 tgh.
Tempat : Bilik Mesyuarat / Serbaguna
Kehadiran : Semua guru


Agenda :


1 Ucapan Pengerusi (Dr. Ashley Ng Yoon Mooi, AMN.)

2 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum (Pn. Ong Poh Kheng)

3 Taklimat Setiausah Sukan (En. Ravichandran)

4 Laporan Pengerusi JK Kecil
4.1 Jemputan & Sambutan - Pn. Hjh. Robiah bt. Yaacob
4.2 Pertandingan - Pn. Hung Leng Hua
4.3 Kepegawaian - En. Ravichandran
4.4 Buku Program - Pn. Ramlah Sulaiman
4.5 Hadiah - Pn. Rosidah
4.6 Siaraya - En. Leong Chick Seng
4.7 Lalulintas - En. Meganathan
4.8 Penyelia Hadiah - En. Ling Gear Leong
4.9 Jamuan - Pn. Fadzilah Abd. Hamid
4.10 Minuman Pegawai - Pn. Juliyana Jamaludin
4.11 Kebersihan Padang - En. Ahmad Nazri Yaacob
4.12 Kebersihan Gerai - En. Hashim Che Saad
4.13 Persiapan Khemah & Padang - En. Putranizam
4.14 Kecemasan dan Keselamatan - Pn. Phiong Kiuk Chin
4.15 Perbarisan Pembukaan / Penutup - Pn. Cheang Poh Yoke
4.16 Mengemaskan Khemah & Padang - En. Tan Seng Soon



5 Pra Kejohanan Ke 77 / 2010
5.1 Tarikh dan jadual pertandingan.
5.2 Jadual tugas Pegawai Pra Kejohanan ke 77 / 2010
5.3 Guru Penasihat, sila maklumkan jadual kepada peserta
rujuk papan kenyataan).

6 Peranan dan Tanggung Jawab Pegawai Sukan
6.1 Bertindak secara adil dan saksama semasa menjalankan tugas.
6.2 Membuat keputusan yang betul dan konsisten.
6.3 Tegas dan yakin dengan keputusan yang dibuat.
6.4 Mengambil alatan yang di perlukan dari bilik PJK / Sukan.
6.5 Pulangkan semua alatan yang dipinjam ke bilik PJK / Sukan.
6.6 Lengkapkan SEMUA maklumat (Nama Rumah Sukan, Kelas, Jantina, Masa, Jarak, dsbnya.) yang diperlukan dalam borang yang dikhaskan untuk pegawai sukan.
6.7 Merekodkan semua keputusan dengan betul dan tepat.
6.8 Berkerjasama dan menjalankan tugas sehingga tamat acara.
6.9 Tunggu arahan selanjutnya daripada Ketua ditempat bertugas sebelum balik. Sila catatkan nama anda dan tandatangan laporan yang dibuat dalam borang yang berkaitan.
6.10 Pelepas dan Ketua Hakim diminta membawa wisel untuk memulakan acara di tempat pertandingan.
6.11 Ketua kumpulan diminta mengambil kehadiran ahli kumpulan.

7. Ketua Hakim / Referi Balapan dan Referi Padang
7.1 Ketua Hakim akan menyemak semua laporan yang diterima dari hakim dan membuat keputusan rasmi. Beliau perlu merujuk kepada Referi Balapan atau Referi Padang sekiranya ada sebarang kemusykilan atau kekeliruan dalam membuat sesuatu keputusan.
7.2 Referi Balapan dan Referi Padang akan melaporkan sebarang masalah yang timbul kepada Pengurus Kejohanan secepat mungkin.
7.3 Semua Ketua Hakim dikehendaki menyemak catatan, markah dan rekod yang diisikan oleh Hakim yang bertugas di stesyennya.
7.4 Beliau juga perlu mengesahkan dan menandatangani laporan tersebut.


8. Raptai Sukan
8.1 Setiap pasukan diminta menghantar serai 30 orang peserta untukmenyertai perbarisan. 3 orang daripada mereka adalah Pembawa Sepanduk, Pembawa Bendera dan Ketua Pasukan / Kontinjen / Unit / Patrol.
8.2 Semua guru penasihat Pasukan Pakaian Seragam, sila ingatkan pelajar untuk memakai pakaina seragam dengan kemas dan betul.
8.3 Guru Penasihat yang terlibat dalam raptai perbarisan atau yang ditugaskan oleh Ketua Guru Penasihat diminta berada bersama ahlinya untuk mengawal disiplin pelajar serta memberikan motivasi kepada mereka semasa raptai dijalankan.
8.4 Hanya pelajar yang terlibat dalam perbarisan sajaha dibenarkan keluar kelas untuk menyertai latihan.
8.5 Pelajar yang tidak berkenaan diminta berada di dalam kelas dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran (P & P) seperti biasa.
8.6 Peserta yang terlibat dalam raptai perbarisan :-
8.6.1 Rumah Sukan, Unit Pakaian Seragam, Pengawas dan
Pancaragam.
8.6.2 Pembawa Sepanduk, Bendera, Ketua Pasukan /
Kontinjen.
8.6.3 Seramai 33 orang peserta dari setiap rumah sukan dan
pasukan beruniform akan terlibat dalam perbarisan.
8.6.4 Seorang Pembaca Ikrar

9. Tempat Pertandingan
9.1 Acara Balapan akan dijalankan di Padang Sekolah
9.2 Acara Padang akan dijalankan di tempat-tempat yang berikut:
9.2.1 Lompat Jauh - Belakang Dewan
9.2.2 Lompat Kijang - Belakang Dewan
9.2.3 Lontar Peluru (L) - Hampir dengan Ting 3A1
9.2.4 Lontar Peluru (P) - Hampir dengan Bilik PJK
9.2.5 Lompat Tinggi - Padang Sekolah
9.2.6 Lempar Cakera - Padang Sekolah



10. Markah Sukan Tara
10.1 Sebanyak 10% markah Sukan Tara akan ditambah kepada markah Kejohanan Olahraga ke 77 / 2010
10.2 Walaubagaimanapun, satu Piala Pusingan yang berasingan akan disampaikan kepada pasukan yang menjuarai acara Sukan Tara.


11. Tindakan Tatatertib
11.1 Seseorang pelajar yang mewakili Rumah Sukan lain, akan di kenakan tindakan tatatertib sekiranya kesalahan beliau dapat dibuktikan.
11.2 Sekiranya seseorang pelajar, didapati menipu, maka semua keputusan (menang) bagi acara yang disertainya akan dibatalkan.
11.3 Guru Rumah Sukan dinasihatkan supaya menyemak ahli rumah sukannya dan jangan benarkan pelajar dari rumah sukan lain menyertai pasukannya.


12. Kad Skor / Borang Skor
12.1 Kita akan lihat sama-sama bagaimana borang-borang yang berikut diisikan:-
12.1.1 Penyelia Peserta
12.1.2 Penjaga Masa
12.1.3 Keputusan Rasmi Penjaga Masa
12.1.4 Hakim
12.1.5 Keputusan Rasmi Balapan
12.1.6 Pencatat Pusingan
12.1.7 Pencatat acara Lompatan & Lontaran
12.1.8 Pencatat acara Lompat Tinggi
12.1.9 Keputusan Rasmi Ukuran Jauh / Tinggi
12.1.10 Statistik Pungutan Pingat
12.1.11 Rekod Pencapaian Individu
12.1.12 Perbarisan – skema pemarkahan.


13. Perasmian Kejohanan Olahraga
13.1 Perasmian - Dr. Ling Hee Huong
13.2 Aturcara bermula pada jam 7.30 pagi
13.3 Perbarisan lintas hormat akan bermula pada jam 8.00 pagi.
13.4 Jamuan ringan - 9.30 pagi.

14. Guru Rumah Sukan 2009
14.1 Guru yang masih tidak ada rumah sukan sila berikan nama anda kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Semua guru WAJIB mempunyai Rumah Sukan kecuali Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan dan Setiausaha Sukan..

15. Nombor Peserta
15.1 Sama seperti yang didaftarkan dalam Borang Masuk.
15.2 Sila gunakan nombor yang di tetapkan dalam disket. Sekiranya nombor yang ditetapkan hilang / rosak, sila gantikan dengan yang baru.
15.3 Guru Penasihat Rumah Sukan diminta menyediakan nombor peserta mengikut nombor pendaftaran yang disediakan.
15.4 Nombor Peserta yang disediakan oleh Guru Penasihat Rumah Sukan perlu mengikuti warna rumah sukan.
15.5 Setiap peserta mesti memakai nombor peserta di bahagian hadapan dan di belakang baju pada paras dada. Semua nombor peserta mesti dipinkan dengan kemas.
15.6 Semua Peserta wajib memakai No. Peserta semasa mengambil acara. Setiap peserta akan diperuntukkan tidak lebih daripada satu nombor peserta.

16. Hal-hal lain
16.1 Sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan dan perkara yang tidak ditaklimatkan akan diputuskan oleh pihak Majlis Sukan Sekolah.
16.2 Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan.