Saturday, February 20, 2010

TAKLIMAT SUKAN 3

TAKLIMAT SUKAN 3
Tarikh : 23hb. Februari 2010
Masa : 12.30 tgh. / 1.50 tgh.
Tempat : Bilik Mesyuarat / Serbaguna
Kehadiran : Semua guru

Agenda :

1 Ucapan Pengerusi (Dr. Ashley Ng Yoon Mooi, AMN.)

2 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum (Pn. Ong Poh Kheng)

3 Taklimat Setiausaha Sukan
3.1 Semoga semua guru dapat berkerjasama dalam menghadapi masalah yang timbul semasa melaksanakan tugas selaku AJK atau pun sebagai pegawai sukan dengan cara yang baik dan aman.
3.2 Hulurkanlah bantuan kepada rakan-rakan yang memerlukannya.
3.3 AJK, berilah sokongan, kerjasama dan bantuan anda kepada ketua kumpulan anda.
3.4 Masih ada peserta yang tidak memakai nombor peserta mengikut peraturan. Jangan terasa hampa sekiranya peserta rumah sukan tuan/puan tidak dibenarkan mengambil bahagian walaupun hanya kerana nombor pesertanya tidak mengikuti peraturan.
3.5 Mungkin pada segelintir guru beranggapan Temasya Sukan ini adalah tidak begitu penting jika ia dibanding dengan aktiviti P & P. Anggapan ini tidak bermakna penganjuran Temasya Sukan ini boleh diperkecil-kecilkan atau dibuat sambil lewa.
3.6 Mengikut kehendak KPM melalui siarannya yang bertarikh 14 Januari 2010 (No. Ruj : KP. BSSK. 302-02/03/002(17) dan Siaran JPNP bertarikh 26 Januari 2010 (No. Ruj : Pk(AM)1555/15 Jld.28 Am. MSSPk , jelas menyatakan pihak sekolah dikehendaki menjalankan rancangan sukan yang rapi dan teliti untuk menganjurkan aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Prestasi Tinggi yang mulai tahun 2010.
3.7 Semoga semua guru yang menjadi penasihat Kelab Sukan dan Permainan dapat membuat persediaan dari sekarang dan meneruskan latihannya dengan sistematik sepanjang tahun.
`Tepuk dada tanya selera‘ - sejauhmanakah sumbangan anda terhadap rumah sukan anda? - Semua orang akan berpeluang menjadi Ketua dan Penolong Ketua Rumah Sukan. Hulurkanlah bantuan kepada Ketua anda.

4 Laporan Pengerusi JK Kecil
4.1 Jemputan & Sambutan - Pn. Hjh. Robiah bt. Yaacob
4.2 Pertandingan - Pn. Hung Leng Hua
4.3 Kepegawaian - En. Ravichandran
4.4 Buku Program - Pn. Ramlah Sulaiman
4.5 Hadiah - Pn. Rosidah
4.6 Siaraya - En. Leong Chick Seng
4.7 Lalulintas - En. Meganathan
4.8 Penyelia Hadiah - En. Ling Gear Leong
4.9 Jamuan - Pn. Fadzilah Abd. Hamid
4.10 Minuman Pegawai - Pn. Juliyana Jamaludin
4.11 Kebersihan Padang - En. Ahmad Nazri Yaacob
4.12 Kebersihan Gerai - En. Hashim Che Saad
4.13 Persiapan Khemah & Padang - En. Putranizam
4.14 Kecemasan dan Keselamatan - Pn. Phiong Kiuk Chin
4.15 Perbarisan Pembukaan / Penutup - Pn. Cheang Poh Yoke
4.16 Mengemaskan Khemah & Padang - En. Tan Seng Soon

5 Pra Kejohanan Ke 77 / 2010
5.1 Tarikh dan jadual pertandingan.
5.2 Jadual tugas Pegawai Pra Kejohanan ke 77 / 2010
5.3 Guru Penasihat, sila maklumkan jadual kepada peserta (rujuk papan kenyataan).

6 Peranan dan Tanggung Jawab Pegawai Sukan
6.1 Bertindak secara adil dan saksama semasa menjalankan tugas.
6.2 Membuat keputusan yang betul dan konsisten.
6.3 Tegas dan yakin dengan keputusan yang dibuat.
6.4 Mengambil alatan yang di perlukan dari bilik PJK / Sukan.
6.5 Pulangkan semua alatan yang dipinjam ke bilik PJK / Sukan dengan segera setelah ia digunakan.
6.6 Lengkapkan SEMUA maklumat (Nama Rumah Sukan, Kelas, Jantina, Masa, Jarak, dsbnya.) yang diperlukan dalam borang yang dikhaskan untuk pegawai sukan.
6.7 Merekodkan semua keputusan dengan betul dan tepat.
6.8 Berkerjasama dan menjalankan tugas sehingga tamat acara.
6.9 Sila catatkan nama anda dan tandatangan laporan yang dibuat dalam borang yang berkaitan.
6.10 Ketua kumpulan diminta mengambil kehadiran ahli kumpulan.

7. Penjaga Masa / Ketua Hakim / Referi Balapan / Pengadil
7.1 Ketua Penjaga Masa perlu memberikan taklimat kepada Penjaga MAsa dibawah jagaannya (cara-cara untuk merekodkan masa peserta).
7.2 Penjaga Masa perlu merekodkan catatan masa peserta dengan betul (hampir kepada 1/10 saat).
7.3 Penjaga Masa tidak dibenarkan membandingkan catatan masa yang diperolehinya.
7.4 Ketua Penjaga Masa perlu menyusun Borang Penjaga Masa mengikut catatan masa yang yang pertama hingga akhir.
7.5 Ketua Hakim perlu memberikan taklimat kepada Hakim dibawah jagaannya (cara-cara untuk mengusu Borang Hakim).
7.6 Ketua Hakim dikehendaki menyemak catatan, markah dan rekod yang diisikan oleh Hakim yang bertugas di stesyennya.
7.7 Ketua Hakim akan menyemak semua laporan yang diterima dari hakim dan menyusun kedudukan peserta megikut urutan yang betul.
7.8 Ketua Hakim perlu merujuk kepada Referi Balapan sekiranya ada sebarang kemusykilan atau kekeliruan dalam membuat keputusan berhubung dengan kedudukan peserta.
7.9 Referi Balapan akan membuat keputusan sekiranya Ketua Hakim tidak dapat membuat keputusannya berhubung dengan kedudukan peserta.
7.10 Referi Balapan perlu mengesahkan dan menandatangani laporan tersebut.
7.11 Pengadil ditugaskan di sekeliling balapan. Angkat bendera kuning sekiranya ada kesalahan. Tolong perhatikan peserta yang berlari sehingga mereka sampai di tempat anda bertugas.

8. Guru Penasihat Rumah Sukan
8.1 Menjaga disiplin dan keselamatan pelajar dirumah sukan.
8.2 Pastikan pelajar dari rumah sukannya tidak berkeliaran di kawasan khemah tetamu.
8.3 Pastikan pelajar ahli rumah sukannya tidak memasuki kawasan balapan di hadapan khemahnya.
8.4 Memastikan peserta memakai nombor peserta dengan betul (setiap nombor peserta di sematkan / dipinkan pada paras dada dengan menggunakan sekurang-kurangnya 4 pin.
8.5 Nombor yang ditulis dengan marker pen, mestilah kelihatan jelas dan saiznya mestilah besar (sekurang-kurangnya 1sm lebar). Tulisan dengan marker pen yang halus (fine) tidak dibenarkan.
8.6 Guru Penasihat Rumah Sukan diminta menyediakan nombor peserta mengikut nombor pendaftaran yang disediakan.
8.7 Nombor yang ditulis mestilah jelas dilihat dengan warna yang kontra dengan warna kain.
8.8 Menguruskan penyediaan minuman untuk peserta.
8.9 Semua tuntutan dari pejabat (RM20 – untuk minuman peserta) perlu dilampirkan dengan resit dan borang tuntutan.
8.10 Memberikan nama peserta yang akan menyertai perbarisan lintas hormat kepada Pengerusi Perbarisan Pembukaan Rasmi / Penutup sebelum 28hb Februari 2010.

9. Raptai Sukan
9.1 Setiap pasukan diminta menghantar serai 30 orang peserta untuk menyertai perbarisan. 3 orang daripada mereka adalah Pembawa Sepanduk, Pembawa Bendera dan Ketua Pasukan / Kontinjen / Unit / Patrol.
9.2 Hanya pelajar yang terlibat dalam perbarisan sajaha dibenarkan keluar kelas untuk menyertai latihan.
9.3 Pelajar yang tidak berkenaan diminta berada di dalam kelas. P & P seperti biasa.

10. Plan / Tapak Pertandingan / Balapan
10.1 Sama seperti tahun lepas (rujuk plan).
10.2 PBSM di tengah padang.
10.3 Semua tapak gerai-gerai jualan di belakang khemah rumah sukan hampir dengan pagar sekolah rendah.
10.4 Pengerusi Khemah Tetamu – sediakan kerusi dan meja yang mencukupi untuk kegunaan JK. Rekod dan Statistik, Setiausaha Pertandingan, Juruhebah, meja hadiah, sofa tetamu khas, kerusi untuk jemputan (PIBG, penyumbang wang, ibubapa, dll).
10.5 Memasang bendera hiasan kecil disekeliling dalam balapan.

11. Tindakan Tatatertib ke atas Pelajar
11.1 Seseorang pelajar yang mewakili Rumah Sukan lain, akan di kenakan tindakan tatatertib sekiranya kesalahan beliau dapat dibuktikan.
11.2 Sekiranya seseorang pelajar, didapati menipu, maka semua keputusan (menang) bagi acara yang disertainya akan dibatalkan.
11.3 Guru Rumah Sukan dinasihatkan supaya menyemak ahli rumah sukannya dan jangan benarkan pelajar dari rumah sukan lain menyertai pasukannya.

12. Perasmian Kejohanan Olahraga / Jamuan Makan
12.1 Perasmian - Dr. Ling Hee Huong
12.2 Aturcara bermula pada jam 7.30 pagi
12.3 Perbarisan lintas hormat akan bermula pada jam 8.00 pagi.
12.4 Jamuan ringan - 9.30 pagi.
12.5 Jawatankuasa Penyambut Tetamu diminta menjemput dan mengiringi VIP dan Pengetua menghadiri jamuan ringan pada jam 9.30 pagi.
12.6 AJK Jamuan diminta menyediakan meja khas untuk VIP.

13. Urusan Kewangan
13.1 Semua urusan kewangan perlu dirujuk kepada Pengetua.
13.2 Semua urusan pembelian mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Pengetua.
13.3 Semua tuntutan mestilah dibuat dengan menyertakan resit pembelian bersama borang tuntutan yang boleh diperolehi daripada kerani kewangan di pejabat.

14. Senarai nama pembantu
14.1 Ketua yang ingin mendapatkan bantuan pasukan beruniform, sila berurus dengan Ketua Guru Penasihat yang berkenaan. Tolong mohon bilangan pembantu yang mencukupi sahaja. ‘Hopefully there are no passengers among them’

15. Hal-hal lain
15.1 Sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan dan perkara yang tidak ditaklimatkan akan diputuskan oleh pihak Majlis Sukan Sekolah.
15.2 Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
En. Ravichandran a/l Arumugam
SMKMACS 2010